Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Syarat Permohonan RMR1M

SemenanjungSabah/Sarawak
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 – 60
  3. Pendapatan kasar seisi rumah RM750 – RM3000 sebulan
  4. Pemohon/pasangan tidak mempunyai rumah sendiri, atau, mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna
  5. Pemohon mestilah tuan tanah dan/atau salah seorang tuan tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik
  6. Tapak/tanah mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan tanah bersama (sekiranya ada)
  7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2800kps
  8. Tertakluk kepada kelulusan bank
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 – 60
  3. Pendapatan kasar seisi rumah RM750 – RM3000 sebulan
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri, atau, mempunyai rumah yang usang /tidak sempurna
  5. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
  6. Tapak keluasan minimum 2800kps

Cara Memohon RMR1M

  • Dapatkan borang permohonan dari Pejabat Wakil Rakyat
  • Isi maklumat permohonan di Pejabat Wakil Rakyat
  • Menyerahkan borang permohonan ke pejabat cawangan SPNB
  • Penilaian kelayakan dan dokumentasi oleh SPNB
  • Penilaian kelayakan pinjaman oleh bank
Baca ni:  Petua Memilih Skema Warna Untuk Kediaman

Ciri-Ciri RMR1M

SemenanjungSabah/Sarawak
  1. Ciri Rumah:
    • Keluasan 700kps / 850kps / 1000kps
    • 2 Bilik Tidur + 2 Bilik Air / 2+1 Bilik Tidur + 2 Bilir Air / 3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air
  2. Harga Rumah: RM45K / RM55K / RM65K
  3. Subsidi Kerajaan: RM15K / RM17.5K / RM20K
  4. Pemohon mendapat pinjaman bank dengan subsidi kadar faedah oleh kerajaan sebanyak 2%
  5. Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada ketetapan bank
  6. Tertakluk kepada perubahan
  1. Keluasan 700kps, 3 Bilik Tidur + 2 Bilik Air
  2. Harga Rumah: RM68K – RM79K
  3. 1/3 dari pinjamin disubsidi oleh kerajaan
  4. Baki pembiayaan secara pinjaman tanpa faedah
  5. Tertakluk kepada perubahan

Rekabentuk RMR1M


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555 Email: pr@spnb.com.my

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here