Nak bina pendinding sebagai benteng untuk pertahanan diri? Boleh amalkan petua ini.

Surah Yasin Ayat Ke 9

Baca ayat ini setiap kali selepas solat. Ditiup di telapak tanggan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.

Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.

Terjemahan ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)

Pendinding Adalah Suatu Ikhtiar

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar. Janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat. Jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Selamat mencuba. Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Insya-Allah!

Info dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur

Baca ni:  Petua Khusyuk Dalam Solat Yang Diidam Setiap Umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here