Kematian, salah satu rahsia ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh Allah ta’ala. Allah telah menetapkan setiap jiwa pasti akan merasakannya. Kematian tidak pandang bulu. Apabila sudah tiba saatnya, malaikat pencabut nyawa akan segera menunaikan tugasnya.

Meninggalkan dunia dalam keadaan husnul khotimah sudah tentu diinginkan oleh umat Islam yang beriman, kerana itulah kebaikan dan khabar gembira bagi mereka. Mari mengenali tanda-tanda kematian husnul khotimah.

1. Saat Kematian Diucap Kalimah Syahadah


Sabda Rasulullah S.A.W “Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar)

2. Waktu Meninggal Dunia Adalah Pada Siang Atau Malam Hari Jumaat

Ini juga merupakan sabda Rasulullah S.A.W dari dalil hadis Abdulla bin Amr R.A yang menyebutkan bahwa tidak seorang umat Islam pun yang meninggal pada malam Jumat atau hari Jumat kecuali orang tersebut akan dijaga Allah dari fitnah kubur.

3. Meninggal Dengan Berpeluh Di Dahi


Sabda Rasulullah S.A.W “Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah R.A)

Baca ni:  Petua Membina Pendinding Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi S.A.W bersabda “Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud R.A)

4. Mati Ketika Sedang Melakukan Amal Soleh


Sabda Rasulullah S.A.W “Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah R.A)

Baca ni:  Petua Khusyuk Dalam Solat Yang Diidam Setiap Umat Islam

5. Meninggal Disebabkan Membela Diri dan Membela Agama

Disebutkan juga oleh Rasulullah S.A.W dikatakan bahawa seseorang dianggap syahid apabila berani mempertaruhkan nyawa untuk membela keluarga dan agamanya, serta mempertahankan darah dan hartanya.

6. Meninggal Karena Mempertahankan Harta Seperti yang Telah Disebutkan Sebelumnya


Ini salah satu dari tanda-tanda husnul khatimah yang juga dikatakan oleh Abu Hurairah R.A. Seseorang datang bertanya kepada Rasulullah tentang jika ada seseorang yang ingin merampas harta, dan dijawablah oleh Rasulullah supaya jangan menyerahkan harta tersebut. Ia bertanya lagi tentang bagaimana jika ia diserang oleh si perampok, dan Rasulullah mengatakan untuk melawannya. Lalu ia bertanya lagi tentang bagaimana jika ia berhasil membunuhnya dan Rasulullah menjawab bahwa orang tersebut syahid, namun apabila ialah yang membunuh perampok tersebut, Rasulullah hanya menjawab bahwa perampok itu akan ada di neraka.

7. Wanita Meninggal Saat Nifas Kerana Melahirkan Anak


Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan anaknya bererti dia mati syahid. Si anak akan menarik-nariknya dengan riang gembira menuju ke syurga” (HR. Ahmad)

Baca ni:  Petua Kesihatan Oleh Imam Syafie

8. Munculnya Bau Harum Semerbak

Haruman wangi keluar dari tubuh jenazah setelah meninggal dan dapat dicium oleh orang-orang di sekitarnya. Seringkali berlaku pada jasad orang-orang yang mati syahid, terutama syahid fi sabilillah.

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here