Bakar Kek Tanpa Oven

Bakar kek tanpa oven? Takder oven macam mana nak bakar kek? Boleh ker nak bakar kek atau biskut kalau kita tak mempunyai oven? Jawapannya boleh!

Berikut adalah cara-caranya.

Cara Bakar Kek Tanpa Oven

  1. Pilih periuk besar atau kuali besar. Pastikan saiznya lebih besar daripada saiz loyang kek.
  2. Letakkan TUNGKU dalam periuk. KALAU takut periuk bocor, isikan pasir 1 inci tinggi dari lantai periuk dan ratakan… setakat ni masak kek cara ini tak pernah bocorpun periuk nya)
  3. Tutup periuk dan panaskan periuk dengan api kecil selama 5 minit (Preheat).
  4. Masukkan loyang adunan dan letakkan di atas tungku dalam periuk tersebut.
  5. Tutup periuk. Kalau gunakan kuali, tutup dengan penutup kukus.

  6. Masak dengan api kecil ikut masa cadangan yang diberikan (Kalau 35-45 minit, buat 40 minit)
  7. Selamat menjamu selera dengan kek tanpa oven!

Peringatan Bila Bakar Kek Tanpa Oven

1. Selepas adunan dimasukkan ke dalam periuk dan ditutup, JANGAN SEKALI-KALI MEMBUKA PERIUK KURANG DARI 30 MINIT. Sekiranya dibuka, kek akan mendap / jatuh / bantat.

Baca ni:  Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali, Tak Meletup Dan Rangup

2. Kaedah bakar kek tanpa oven ini tidak sesuai untuk kek yang menggunakan majerin / butter yang masih sejuk sebagai bahan adunan sebab nanti kek atau biskut atau pastrinya akan berminyak.

Soalan Lazim Bakar Kek Tanpa Oven

1. Nak letak AIR ke?
Kalau letak air jadi kek kukus. Jadi, kalau nak bakar tak perlu air.

2. Nak letak pasir dalam periuk ker?
Boleh letak, tak letak pun tak apa. Kalau letak, haba panas lebih lama. Tak sesuai untuk kek yang bermain suhu turun naik macam Japanese Cotton Cake. Kalau bakar biskut, pasir sungai sangat digalakkan untuk membakar biskut.

3. Periuk tak BOCOR ker?
Setakat ni dah lama buat cara macam ni, berpuluh-puluh biji kek terhasil, tiada sebarang masalah.

4. Sebelum masak kek nak kena PREHEAT?
Ikut resepi. Kalau resepi sebutkan preheat, kena preheat. Kalau resepi kata tak payah, terus jer bakar macam biasa.

5. Masa preheat nak kena TUTUP ke periuknya?
Wajib tutup sebab kita nak periuk tu kumpul haba yang cukup untuk bakar kek.

Baca ni:  Petua Membersihkan Microwave

6. Macam mana nak tahu PERIUK SUDAH CUKUP PANAS?
Renjis sedikit air pada TUDUNG periuk. Kalau hilang kesan-kesan air tu maknanya dah cukup panas.

7. API besar mana?
Guna api kecil sahaja. Kalau Japanese cotton cake, buat api sederhana kecil dan api kecil.

8. Masa memasak?
Ikut resepi.

9. Bila masa untuk cucuk lidi pada kek?
Selepas 30 MINIT adunan kek dimasukkan ke dalam periuk.

10. Biskut / kek apa yang sesuai?
Semua jenis KECUALI kek / biskut yang memerlukan penggunaan api atas sahaja.

Sila SHARE petua ini kepada semua yang teringin membakar kek tapi tak mempunyi oven. Tiada alasan tiada oven lagi lepas ni 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here