Kilatkan Kuali Karat

Kilatkan kuali atau periuk karat mungkin dianggap suatu kerja yang agak mustahil bagi kebanyakan suri rumah.

Akibat ketidaksengajaan untuk tutup api, periuk menjadi hitam legam. Takkan nak pakai Clorox, nanti lauk yang dimasak ada rasa Clorok pula!

Situasi ini mungkin selalu berlaku. Kadang-kadang masak tak hanguspun, namun masih meninggalkan jelaga hitam yang sakit mata memandang pada kuali dan periuk belanga.

Jangan runsing dan risau. Dikongsikan 7 petua untuk kilatkan kuali dan kerak hitam dengan menggunakan bahan semula jadi yang mungkin sudah tersedia ada di dapur.

Petua Kilatkan Kuali Karat Dan Kerak Hitam

1. Kentang

Ada dua cara kilatkan kuali periuk belangan menggunakan kentang.

Taburkan garamdi atas permukaan periuk. Potong kentang dan gunakannya sebagai skrub dengan menggosok ke atas garam.

Untuk periuk yang ada kesan hangus yang kental, gunakan kulit kentang. Letakkan kulit kentang dan masukkan air sehingga menutupi kerak. Panaskan sehingga mendidih. Kerak akan tertanggal dengan sendiri.

Kilatkan Kuali Karat

2. Cuka

Masukkan cuka ke dalam periuk yang hangus.

Baca ni:  Petua Membersihkan Microwave

Rebuskan seketika dan biarkan menyejuk.

Kemudian, sental seperti biasa.

Kilatkan Kuali Karat

3. Garam

Bahan yang dah semestinya tersedia di setiap dapur adalah garam.

Caranya adalah sangat mudah. Panaskan air di dalam periuk berkenaan. Masukkan garam.

Apabila menyejuk, sentalkan periuk seperti biasa.

Kilatkan Kuali Karat

4. Baking Soda

Baking Soda atau Soda Bikarbonat yang dicampurkan dengan lemon atau cuka boleh membantu mengilatkan kuali atau periuk.

Sekiranya tak ada lemon, memasai sekadar baking soda sahaja.

Panaskan air ke dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan baking soda.

Biarkan sejuk sebelum menyental seperti biasa.

Kilatkan Kuali Karat

5. Lemon

Lemon juga amat membantu untuk kilatkan kuali.

Masukkan kepingan sebiji lemon ke dalam periuk bersama sedikit air dan rebuskan.

Biarkan menyejuk selama 3 ke 4 jam. Kemudian sental seperti biasa.

Kilatkan Kuali Karat

6. Cream Of Tartar

Masukkan air dan cream of tartar ke dalam periuk.

Rendamkan semalaman.

Keesokannya bolehlah disental seperti biasa.

Kilatkan Kuali Karat

7. Asam Keping

Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air.

Didihkan di atas api buat seketika.

Baca ni:  Petua Mengatasi Nasi Mentah Kembali Gebu Dan Sedap

Biarkan menyejuk. Kemudian sental dengan menggunakan asam keping tadi.

Kilatkan Kuali Karat

Diharapkan dengan menggunakan kaedah mudah ini, anda dapat kilatkan kuali karat dan kerak hitam agar kembali seperti baru.

Sila SHARE petua-petua ini sekiranya bermanfaat!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here