Jimat masa memasak adalah keinginan kebanyakan suri. Cik puan cik puan, terutama yang bekerja, bila dah sampai rumah bukannya boleh berehat. Nak kena fikir apa nak masak dan siapkan untuk makan malam, nak kena urus anak kecil, nak bersihkan rumah dan segala macam kerja lain lagi. Kalaulah ada tujuh lapan tangan macam sotong kan senang nak buat banyak kerja sekaligus!

Kali ini ada petua memasak pantas dan jimat masa memasak dan siapkan hidangan makan malam dalam 30 minit sahaja! Dengan petua-petua ini anda juga mampu menyediakan makanan yang sedap-sedap, dapur kurang bersepah, kerja-kerja lebih efisyen dan teratur, lebih masa terluang untuk anak-anak dan suami, serta jimat bajet perbelanjaan bulanan.

1. Perancangan Menu Untuk Seminggu

Ini merupakan perkara paling penting sekali. Sediakan menu masakan harian untuk hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Senaraikan menu yang tidak terlalu rumit tetapi membangkitkan selera. Disarankan untuk menekankan menu yang lebih sihat. Cuba untuk set kan 2 hari dalam seminggu menu yang tidak menggunakan nasi. Cuba juga sertakan 1 menu yang ekstra spesel bagi menambat hati suami dan anak-anak, namun harus ambil kira bajet.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh ‘ulang tayang’ menu yang sama untuk dua hari berbeza:

Isnin & Khamis – Ikan Siakap Masak Stim. Sayur Kailan Ikan Masin.
Selasa & Jumaat – Ikan Bawal Tiga Rasa. Sayur Campur.
Rabu & Sabtu – Ayam Panggang. Roated Potatoes.
Ahad – Nasi Briyani. Ayam Masak Madu.

Baca ni:  Petua Melembutkan Daging Agar Lebih Cepat Empuk

Sediakan whiteboard/chalkboard di dapur untuk lebih mudah anda mencatatkan menu dan nota lain.

Sekiranya anda bercadang untuk ‘makan luar’ bersama keluarga secara spontan, bolehlah menu tersebut di’bawa’ ke minggu seterusnya.

2. Senaraikan Barangan Keperluan

Setelah menu ditetapkan, kini tiba masanya untuk menyenaraikan bahan-bahan mentah untuk kesemua menu tersebut. Dengan adanya senarai ini, anda akan jadi lebih disiplin. Ambil barang yang diperlukan sahaja, jangan ikut nafsu yer puan-puan.

Kalau boleh tetapkan bajet perbelanjaan mingguan, dan usahakan agar tidak melebihi bajet ini. Bila dah tetapkan dan ada bajet, anda boleh membayar menggunakan wang tunai, tidak perlu gunakan kredit kad dan berhutang lagi. Selagi boleh, elakkan benda-benda riba ni yer… Astaghfirullahalad’zim sangat!

3. Proses Bahan Mentah Dengan Segera

Setelah balik rumah, segerakan proses untuk menyiapkan bahan-bahan asas untuk setiap menu dengan segera. Jangan terus masukkan kesemuanya dalam peti sejuk.

Siangkan ayam, ikan, udang siap-siap. Basuh tu jangan lupa selawat supaya berkat. Asingkan mengikut menu untuk setiap hari. Gunakan satu plastik ziplock untuk satu menu. Kemudian baru masukkan ke dalam bekas tupperware bertutup, supaya lebih teratur. Kenapa guna satu plastik ziplock untuk satu menu? Kalau satukan semua ikan dalam satu plastik yang sama, terpaksa defrost semua sekali, selepas itu ikan selebihnya kena freeze balik. Asyik defrost-freeze-defrost-freeze ikan akan cepat rosak dan kehilangan khasiat. Kalau guna satu satu, hanya menu yang kita nak masak itu sahaja yang kita defrostkan.

Baca ni:  Petua Mempelbagaikan Penggunaan Perabot IKEA - Trones

Untuk bahan-bahan kering seperti sayuran dan bawang-bawang, proseskan jugak. Cuma penstorannya berbeza sedikit kerana sayuran akan cepat rosak selepas dipotong. Untuk tahan lama, bolehlah dibalut dengan surat khabar atau aluminium foil. Seperti bahan basah, asingkan juga mengikut menu harian.

Boleh juga rujuk petua untuk menyimpan barang mentah tahan lebih lama.

Untuk lagi memudahkan lagi kerja, boleh buatkan stok seminggu:

  • Kisar bahan asas untuk seminggu: 15 biji bawang besar, 10 labu bawang putih, 50 cili kering dan sebagainya.
  • Bagi yg minat sambal tumis, boleh terus masak untuk stok seminggu kemudian bekukan, bila nak guna cuma panaskan terus.
  • Sambal belacan juga boleh buat untuk stok seminggu.
  • Rempah-rempah seperti kari, asam pedas, ayam/ikan bakar juga boleh terus tumis dan bekukan.

4. Labelkan

Supaya tidak keliru, labelkan setiap bekas untuk menu apa dan hari yang nak digunakan. Bila tiba masa untuk memasak, hanya perlu keluarkan bekas bertanda menu/hari yang nak dimasak sahaja. Semua sudah tersedia. Mudah bukan!

Baca ni:  Petua Untuk Menghapuskan Habuk Di Seluruh Kediaman

Jimat Masa Memasak

5. Multitasking

Apabila di dapur, otak kena sentiasa berjalan. Kena pandai multitasking. Jangan tunggu lauk siap baru nak masak nasi. Sambil tunggu kuah mendidih, boleh sambil membasuh peralatan yang dah digunakan. Nak elak dan kurangkan percikan minyak semasa menumis, elakkan guna kuali, lebih baik gunakan periuk. Bagi yang minat makanan bergoreng tapi malas nak main dengan minyak, bolehlah simpan duit beli air fryer. Lebih senang, lebih jimat, lebih sihat.

Super Ibu Suka Jimat Masa Memasak

Menjadi ibu ni bukan senang. Dari buka mata bangun pagi sampai la nak tidur, ada jer benda yang nak kena buat. Tak boleh duduk diam langsung. Bila dah terlalu sibuk tu, badan akan jadi rasa tidak bermaya dan letih. Disarankan ibu-ibu ambillah makanan tambahan supaya bertambah tenaga dan tak mudah letih. Dengan cara jimat masa memasak, diharapkan para super ibu dapat masa rehat tambahan yang sangat diperlukan.

Penutup

Semoga amalan petua-petua yang sistematik ini, anda dapat jimat masa memasak dan akan lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.

Biar tak reti masak, janji rajin masak 🙂

Sekiranya andarasa petua-petua ini bermanfaat, silakan berkongsi dengan semua rakan-rakan ibu yang dikenali. Sekiranya ada petua-petua lain yang anda amalkan untuk mempercepatkan proses memasak, sila kongsikan di komen.

Save

Save

Save

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here