Membersihkan Microwave

Malasnya nak membersihkan microwave!

Pernahkah situasi begini berlaku:

Reheat spaghetti lebihan semalam, habis sosnya terpercik di dalam microwave. Nak lap serta merta, malas. Dibiarkan lama-lama susah nak bersihkan.

Membersihkan Microwave

Apa yang harus dilakukan? Berikut adalah petua untuk membersihkan microwace dan menyelesaikan masalah ini:

  • Masukkan 1 ke 2 cawan air ke dalam mangkuk.
  • Masukkan 1 ke 2 sudu besar cuka, atau perahan jus lemon.
  • Masukkan setitis essential oil untuk melawan bau cuka (langkah ini tidak wajib)
  • Letakkan sebatang pencungkil gigi dibiarkan terapung atas air di dalam mangkuk (ini untuk mengelakkan air mendidih dari menghasilkan ‘letupan’ kecil)
  • Tutup pintu microwave dan microwavekan selama 3 ke 5 minit.
  • Selepas timer berhenti, biarkan selama 2 minit.
  • Keluarkan mangkuk dari microwave (hati-hati sebab panas!)
  • Gunakan kain atau sponge dan lap. Dinding dalam microwave juga akan kelihatan lebih putih.

Sekiranya anda enggan mengguna air dalam mangkuk, basahkan sponge, tuang 1 sudu besar cuka atau lemon jus ke atas sponge, kemudian microwavekan sponge tersebut (cara ini menghasilkan stim yang kurang berbanding air dalam mangkuk)

Baca ni:  Petua Menceriakan Ruang Tanpa Mengecat

Anda juga disarankan melakukan proses membersihkan microwave ini sekurang-kurangnya sekali sebulan walaupun microwave masih dalam keadaan bersih.

Selamat mencuba!

Save

Save

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here