Membersihkan oven adalah tugas penting. Setelah berbulan-bulan memanggang ayam dan steak, membakar kek dan biskut, oven anda semestinya menjadi sangat kotor.

Tumpukan lemak dan sisa makanan yang hangus menjadi arang, menyebabkan aroma yang tidak sedap semasa anda menggunakannya untuk memasak. Sekiranya anda terus membiarkan oven anda dilapisi karbon, anda mengambil risiko besar makanan tercemar, disamping menjadi penyebab kebakaran.

Berikut adalah 2 kaedah petua untuk membersihkan oven supaya kembali bersinar. Kaedah kedua (ammonia) lebih efektif. Namun sekiranya sukar untuk anda memperolehi ammonia, bolehlah gunakan kaedah pertama (baking soda).

Petua Membersihkan Oven Dengan Baking Soda

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan oven dengan kaedah ini adalah:

  • 3 sudu besar Baking Soda (Soda Bikarbonat)
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/8 cawan sabun pencuci pinggan
  • 2 cawan air panas
  • 1/2 cawan Baking Soda (tambahan)

Kaedah membersih oven menggunakan baking soda:

  • Satukan kesemua bahan, kecuali 1/2 cawan Baking Soda tambahan, ke dalam botol spray. Goncang sebati.
  • Spraykan ke seluruh permukaan dalaman oven anda.
  • Taburkan 1/2 cawan baking soda tambahan tadi ke atas permukaan yang telah dispray tadi.
  • Sray cecair pencuci tadi sekali lagi ke atas permukaan yang telah ditabur dengan lebihan baking soda tadi.
  • Biarkan semalaman.
  • Keesokannya, sapu dan lap menggunakan span atau kain dengan air sabun yang suam.
  • Ulangi mengelap beberapa kali sehingga bersih.
  • Akhiri dengan menggunakan kain dan air bersih.
  • Lap dengan kain kering yang bersih.
Baca ni:  Petua Memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Petua Membersihkan Oven Dengan Ammonia

Peringatan:

  • Jangan guna kedah ini sekiranya anda menggunakan jenis gas oven.

    Jangan menghidu ammonia!

  • Dinasihatkan memakai mask keselamatan untuk menutup hidung.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkankan oven dengan kaedah ini adalah:

  • 1 ke 2 cawan Ammonia
  • 2 cawan air panas mendidih
  • sedikit Baking Soda

Kaedah membersihkan oven menggunakan ammonia:

  • Panaskan oven ke 90ºC. Apabila suhu mencapai 90ºC, matikan oven.
  • Masukkan ammonia ke dalam mangkuk/bekas selamat oven dan letakkan ke rak bahagian atas oven.
  • Masukkan air panas mendidih ke dalam satu lagi mangkuk/bekas selamat oven dan letakkan ke rak bahagian bawah oven.

Membersihkan Oven Dengan Ammonia

  • Biarkan semalaman.
  • Keesokannya, keluarkan kedua-dua mangkuk.
  • Celupkan span atau kain dengan air suam, tabur baking soda pada span, dan lap permukaan dalam oven sehingga bersih.
  • Akhiri dengan menggunakan kain dan air bersih.
  • Lap dengan kain kering yang bersih.

Petua Tambahan Membersihkan Oven

Alas Pada Dasar Oven Semasa Membakar

Sekiranya anda memanggang atau membakar makanan yang banyak mengeluarkan minyak dan lemak, bolehlah mengalas pada dasar oven dengan baking tray, parchment paper, silikon sheet atau kertas minyak bagi mengelakkan kotoran terkena pada permukaan oven.

Baca ni:  Petua Mengekalkan Kesegaran Bahan Mentah Dapur

Cuci Kotoran Serta Merta

Sekiranya kotoran menitik ke dasar oven semasa membakar, anda boleh mencucinya serta merta ketika oven masih membakar. Taburkan sedikit garam di kawasan yang tercemar dan teruskan membakar sehingga selesai. Setelah anda keluarkan makanan dan matikan oven, lapkan dengan span atau kain lembap. Untuk kotoran yang agak degil, gunakan bancuhan  50% air dan 50% cuka untuk membersih.

Save

Save

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here