Ruang tamu merupakan ruang aktiviti utama kebanyakkan kediaman di Malaysia. Ramai yang berasa teruja untuk membeli perabot dan perhiasan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk melengkapkan penataan ruang tamu mereka. Tidak kurang juga yang sanggup berbelanja lebih di luar kemampuan sehingga berhutang atau menggunakan skim ansuran bulanan. Oleh yang demikian, bagi mengawal keghairahan ini, disenaraikan petua dan panduan dalam memilih perabot ruang tamu yang sesuai dan praktikal.

Merancang

1. Ukur tinggi dan lebar ruang.

Jangan lupa juga untuk mengukur keluasan pintu untuk mengelakkan kejadian perabot tidak muat melepasi pintu.

01

2. Buatkan plan lantai.

Tentukan ruang untuk anda letakkan perabot. Buatkan beberapa susunan dan bandingkan kesesuaian. Digalakkan juga untuk menggunakan aplikasi untuk merancang ruang anda supaya mendapat idea yang lebih baik.

02

3. Anggaran kedudukan.

Buat anggaran kedudukan perabot menggunakan tape atau surat khabar.

03

4. Kenalpasti Penampilan Ruang

Sebelum menjadi rojak kerana seronok membeli di kedai sana dan di kedai sini apabila melihat SALE, lebih baik jika kita tentukan dahulu gaya dan penampilan yang sesuai untuk diketengahkan pada ruang tamu ini.

Sebaik tetamu melangkah masuk untuk berurusan atau melawat tuan rumah, penampilan ruang tamu ini akan memberikan satu signal yang memberitahu kepada tetamu untuk bagaimana perlu berinteraksi di ruang tersebut.

  • Penampilan Mewah
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang berfikiran dan berperwatakan mewah dan elegant. Oleh itu tetamu juga perlu beradab dan menghormati susunatur dan kelengkapan di dalam ruang tamu di kediaman tersebut.
  • Penampilan Ringkas
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang suka berurusan secara mudah dan tidak serabut. Ia juga menjadikan tetamu berinteraksi secara langsung dan tidak meleret kepada perkara lain.
  • Penampilan Professional
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah sebagai seorang yang berfikiran dan suka berurusan secara professional. Oleh itu secara tidak langsung tetamu juga akan berkomunikasi secara baik dan menghormati tuan rumah dan persekitarannya.
  • Penampilan Santai
    Ia menampilkan penampilan tuan rumah yang tidak cerewet dan mudah didekati. Suasana santai memberikan kebebasan untuk tetamu berinteraksi dengan tuan rumah dan persekitaran ruang. Kebiasaan susunan perabot dan perhiasaannya memberikan keselesaan buat tuan rumah dan pengunjung. Namun perlu berhati-hati kerana ia mungkin akan memberikan masalah kepada si tuan rumah untuk mengemas semula ruang jika terlalu berlebihan beraktiviti bersama tetamu di ruang ini.
Baca ni:  Petua Mempelbagaikan Penggunaan Perabot IKEA - Trones

Penampilan yang dipilih ini kebiasaannya adalah mengikut sifat peribadi si tuan rumah. Dengan mengetahui penampilan yang ingin diketengahkan ia akan memudahkan untuk ke langkah seterusnya iaitu dalam pemilihan gaya dan perabot yang sesuai.

5. Kenalpasti fungsi ruang.

Mengenalpasti fungsi sesuatu perabot itu amat penting. Kita perlu hadkan perabot yang perlu ada untuk ruang tamu ini. Elakkan membeli tanpa perancangan.

04

Untuk mengenalpasti fungsi perabot, kita perlu kenalpasti dan senaraikan aktiviti yang akan dijalankan di ruang ini terlebih dahulu, kemudian fikirkan perabot yang diperlukan bagi melengkapi aktiviti ini.

Aktiviti: Duduk santai
Perabot: Dapat merehatkan, boleh duduk secara santai, boleh sandarkan kepala, boleh baring, boleh lunjurkan kaki

Aktiviti: Minum petang
Perabot: Boleh dihidang makanan ringan dan air, mudah di alih/ringan, bersaiz kecil dan boleh dipisahkan atau perlu bersaiz besar

Aktiviti: Berurusan dengan tetamu/pelanggan secara formal
Perabot: Boleh berbincang dan buka dokumen

Aktiviti: Membaca dan membelek gambar keluarga
Perabot: Boleh menyimpan dan pamerkan buku & album

Baca ni:  Petua Jimat Masa Memasak Pantas Siap 30 Minit

Memilih Perabot

1. Mulakan dengan yang asas.

05

Kebanyakan ruang tamu mengandungi sofa, armchair, side table dan coffee table. Cari perabot-perabot ini dahulu sebelum cari item tambahan seperti ottoman dan meja tambahan.

2. Beli item yang tahan lama.

Cari item yang kukuh. Mungkin harganya lebih mahal sedikit tetapi ia akan menjimatkan anda untuk jangkamasa panjang. Pastikan item berkualiti tinggi dan fabrik yang stain-resistant.

3. Koordinasikan item-item.

Setiap perabot perlu menjadi pelengkap antara satu sama lain. Jika tidak, ruang akan kelihatan huru hara. Sekiranya anada ada tema tertentu, seperti moden atau tradisional, harmonikan dengan item-item yang sesuai dengan tema anda, jangan bercampur-aduk.

08

4. Kenalpasti tema dan gaya.

Gaya sangat memainkan peranan untuk memberikan “mood” di ruang tamu. Ia juga sangat membantu tuan rumah semasa proses pembelian perabot dan perhiasan kerana ia sudah mengecilkan skop dalam pemilihan jenis gaya perabot dan perhiasan yang perlu dipilih.

Yang terbaik adalah pemilihan satu gaya sahaja. Jika sudah pandai berurusan dengan gaya barulah boleh mencampurkan 2-3 gaya dalam satu ruang. Antara gaya yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Gaya Moden
    Kemas dan bersih (Clean Cut). Perabot dan perhiasan yang digunakan bersifat secara langsung dan tidak ada hiasan atau ukiran yang berlebihan. Ia hanya mengikut garisan keperluan mengikut fungsi dan keperluan. Hanya satu atau dua sahaja elemen yang ditimbulkan dalam satu ruang.
  • Gaya Traditional dan klasik
    Ia kebanyakannya menggunkan elemen kayu terutamanya pada perabot. Rekaan dan ukirannya mengikut etnik kaum tertentu.
  • Gaya Inggeris
    Kebanyakkan perabot dan perhiasan Inggeris banyak menggunakan hiasan bunga-bungaan dan warna putih menjadi warna asas dan warna latar belakang.
  • Gaya Kedesaan
    Gaya kedesaan pula banyak mengguna pakai perabot dan aksesori yang melibatkan anyaman dan hasil kraft.
  • Gaya Tropikal
    Ciri-ciri gaya tropikal adalah menggabungkan perabot dan perhiasan ruang dengan pokok-pokok hijau yang menyegarkan. Ia juga menggabungkan elemen seperti air, batu , kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau.
  • Gaya Timur Tengah
    Menampilkan perabot dan perhiasan yang “warm” dan disantuni dengan corak-corak dari timur tengah yang bewarna terang seperti unggu, merah hati, dan kuning keemasan.
Baca ni:  Petua Mengelak Pembelian Perabot Yang Salah

Banyak lagi gaya yang boleh diketengahkan. Pemilihan satu gaya yang kukuh menjadikan ruang tamu yang dibina menjadi harmoni dan sedap mata memandang. Tanpa pemilihan gaya yang sesuai , ia akan menjadikan ruang tersebut menjadi serabut dan tidak keruan.

Jangan lupa mengambil kira skema warna yang telah ditetapkan untuk dipadankan dengan perabot untuk ruang tamu anda.

5. Faktor ruang sempit

Pilih loveseat (2 seater) berbanding sofa (3 seater) jika ruang sempit.

13

Elakkan juga membeli set perabot 3-2-1 seater atau sofa L-shape. Sebaliknya pilihlah perabot yang lebih kecil dan berpasangan.

6. Perabot tambahan.

Penuhkan ruang dengan perabot tambahn sekiranya ruang mengizinkan. Rak, ottoman, kerusi dan meja tambahan boleh ditambah ke ruang yang luas. Namun terlalu banyak perabot akan membuatkan ruang sempit menjadi sesak.

14

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here