Kelebihan perabot IKEA adalah rekaan yang ringkas dan ianya senang untuk dipelbagaikan penggunaannya.

Trones dijual dalam 3 item dalam satu set. Ianya mungkin direka khas untuk menyimpan kasut, namun tak salah jika ianya digunakan untuk tujuan lain juga.

ikea trones

Anda boleh menyusunnya seolah-olah seperti jubin untuk mendapatkan sebuah konfigurasi bentuk yang diminati. Ianya mempunyai kedalaman hanya 7 inci dan sangat sesuai di ruang yang sempit dan terhad.

IKEA Trones – Hallway

Susunan set 6 item, ditambah dengan para kayu di bahagian atas untuk memperkemaskan rekaan, sesuai diletakkan di hallway.

trones hallway

IKEA Trones – Entryway

Grup set 3 item ditempatkan paras yang rendah sesuai diletakkan di entryway kediaman, untuk menyimpan kasut, topi dan sebagainya. Ia secara tidak langsung berfungsi seakan-akan meja konsul. Tambahan galeri gambar menambah tarikan ruang.

trones entryway

Disusun memenuhi dinding untuk memuatkan koleksi kasut yang banyak. Tambahan koleksi art yang unik membuatkan ruang tampil eksklusif.

trones entryway 2

IKEA Trones – Bilik Tidur

Jadikan ia sebagai meja nightstand pada ruang sempit.

Baca ni:  Petua Menceriakan Ruang Tanpa Mengecat

trones nightstand

IKEA Trones – Bilik Anak

Susunan di dinding bilik anak kecil sesuai untuk menyimpan dan menyorokkan mainan yang banyak.

trones toys

IKEA Trones – Bilik Air

Ia mampu dijadikan tempat penstoran tisu dan toiletries di dalam bilik air yang kecil.

trones bathroom

Dengan sedikit kreativiti, anda boleh mempelbagaikan penggunaan IKEA Trones dari hanya rak menyimpan kasut kepada suatu yang lebih menarik!

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here