Setelah menentukan konsep rumah dan mengenalpasti skema warna setiap ruang dalam rumah, jangan terburu-buru ke kedai perabot lagi! Rancang dulu perabot-perabot dan item-item yang diingini.

Gunakan tools seperti yang disediakan oleh Olioboard untuk tujuan ini. Pilih item-item keinginan dan masukkan ke dalam ruang virtual di Olioboard. Anda akan mendapat gambaran ruang yang lebih jelas. Ini memudahkan kerja-kerja membeli perabot kelak.

Jangan takut untuk memilih perabot-perabot yang cantik dan mahal. Inilah masanya untuk berangan. Bila sampai masa untuk membeli perabot sebenar, barulah berpijak di bumi nyata. Cari perabot yang seakan-akan perabot mahal tersebut, yang mempunyai pencirian yang hampir sama; bentuk, warna dan sebagainya.

Contoh Aplikasi Ruang Idaman

Ruang tamu

Rancang Ruang 01

Lantai laminated wood jingga, perabot-perabot coklat gelap, dinding hijau zaiton, aksesori putih, hijau dan sedikit jingga untuk menyerlahkan ruang.

Ruang Dining

Rancang Ruang 02

Lantai laminated wood jingga, perabot-perabot coklat gelap, dinding golden mustard, aksesori-aksesori jingga.

Ruang Dapur

Rancang Ruang 03

Kabinet dapur kayu sedikit jingga warnanya, countertop putih. Dinding cream. Peralatan dapur chrome dengan sedikit hitam dan hijau lime. Roman shade untuk tingkap berwarna hijau lime dan putih.

Baca ni:  Petua Membersihkan Oven

Ruang Bilik Air Kedua

Rancang Ruang 04

Rich purple dan hitam. Aksesori dengan corak damask.

Ruang Bilik Aktiviti

Rancang Ruang 05

Perabot putih (kecuali satu kerusi merah, kusyen fabrik putih). Langsir polka dot merah. Aksesori merah.

Ruang Bilik Air Utama

Rancang Ruang 06

Kuning, kelabu dan putih. Dinding kuning. Lantai putih. Peralatan chrome/kelabu. Aksesori gabungan ketiga-tiga warna.

Ruang Bilik Tidur Utama

Rancang Ruang 07

Hitam, putih, merah. Perabot hitam. Dinding kelabu. Langsir merah. Aksesori merah.

Dengan cara ini anda akan dapat gambaran sebenar bagaimana ruang yang diidamkan akan kelihatan, serta memudahkan kerja-kerja untuk memilih perabot sebenar kelak.

Selamat berangan!

Save

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here