Peta pada tilam dah menjadi lumrah. Memang stress tengok banyak peta-peta dunia muncul di tilam.

Konon-kononnya nak romantik, breakfast in bed katanya. Sibuk bersenda gurau, tersiku pulak gelas. Habis tertumpah atas tilam. Setakat cadar tu ok lagi senang nak cuci. Kalau tilam, camner nak masuk washing machine?

Kepada yang ada anak pulak, malam-malam takut nak berlari ke tandas, melepas je atas tilam. Adoi! Bukan setakat anak jer, anak bulus pun buat kerja yang sama! Memang stress.

Macam mana nak hilangkan peta pada tilam yang tak diundang ni? Ikut petua ni.

Bahan yang diperlukan untuk hilangkan peta pada tilam

01

  • Botol spray
  • 1 cawan Hydrogen Peroxide
  • 3 sudu besar baking soda
  • 1 ke 2 pump cecair pencuci pinggan
  • 5 titis pewangi / essential oil (tak wajib)
Hydrogen Peroxide ni boleh beli kat farmasi. Watson atau Guardian pun ada jual. Bahagian antiseptik. Tanya je salesgirl kat situ.

Masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian masukkan hydrogen peroxide. Selepas itu masukkan cecair pencuci dan titisan pewangi. Putarkan (jangan goncang) supaya kesemua bahan sebati.

Baca ni:  Petua Membersihkan Microwave

Peta Pada Tilam 2

Spraykan ke tempat di mana peta pada tilam itu muncul. Biarkan 5 ke 10 minit. Dengan ajaibnya anda akan menyaksikan peta-peta itu hilang di depan mata.

Kalau ada peta yang degil, boleh spray kan sekali lagi. Biarkan kering sedikit. Vacuum untuk hilangkan sisa baking soda atas tilam, sekiranya ada. Jemur terkena cahaya matahari supaya bahagian dalam tilam betul-betul kering.

03

04

05

Save

Save

15 COMMENTS

    • Seat kereta tak berani jamin, sebab hydrogen peroxide bersifat meluntur… biasa orang guna benda ni untuk bleach rambut (rambut hitam tapi berangan nak jadi mat saleh) dan putihkan gigi 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here