Petua Banyakkan Susu Ibu

Banyakkan susu badan merupakan impian semua para ibu yang dikurniakan dengan bayi. Ini adalah kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah para ibu mengkehendakkan susu badan yang banyak untuk bayi kesayangan.

Ramai di kalangan para ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu badan. Jangan risau. Dikongsikan petua membuat milk booster semulajadi untuk banyakkan susu badan para ibu yang bermasalah.

Banyakkan Susu Badan Dengan Milk Booster Semulajadi

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 sudu besar halba
  • 1 genggam longan kering
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air

Petua Banyakkan Susu Ibu

Cara penyediaannya:

Basuh longan kering dan halba untuk membersihkannya. Kemudian toskan.

Petua Banyakkan Susu Ibu

Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan sehingga menggelegak. Kemudian masukkan halba dan longan dan kacau seketika.

Petua Banyakkan Susu Ibu

Apabila air berubah warna, masukkan gula. Biarkan gula larut sekietika dan tutupkan api.

Petua Banyakkan Susu Ibu

Tapiskan ke dalam jag atau bekas. Masukkan kembali longan ke dalam jag atau bekas tersebut. Tuangkan ke dalam gelas dan minum sambil mengunyah longan.

Baca ni:  Petua Hilangkan Senggugut Secara Semulajadi

Petua Banyakkan Susu Ibu

Rasanya macam Laici Kang! Disarankan meminumnya dua kali sehari. Sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum tidur. Nak minum panas atau sejuk terpulang kepada citarasa masing-masing. Sebelum minum, disarankan juga berselawat “Ya Matin” 21 kali.

Demikianlah cara penyediaan milk booster semulajadi untuk banyakkan susu badan ibu. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda demi mengekalkan kuantiti dan kualiti susu badan untuk bayi comel anda.

Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Setelah pelbagai usaha dilakukan, bertawakallah dan panjatkanlah doa kepada yang Maha Berkuasa. Semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki untuknya membesar dengan sihat dan sempurna. Sesungguhnya semua ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Tanamkanlah azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif sejak mengandung.

Sila SHARE kepada para ibu yang tengah berusaha untuk banyakkan susu badan kepada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here