Petua Hilangkan Senggugut

Hilangkan senggugut merupakan idaman setiap wanita.

Setiap bulan wanita yang normal akan mengalami putaran haid diantara 5-12 hari. Ada wanita yang tidak mengalami kesakitan yang teruk semasa datangnya haid, namun tidak dinafikan ramai juga yang menderita kesakitan semasa haid yang dipanggil senggugut.

Meskipun ada mitos yang mengatakan senggugut akan berhenti setelah wanita berkahwin. Namun tidak semua wanita yang berkahwin bernasib baik sebegitu, ada yang walaupun sudah beranak pinak masih mengalami masalah senggugut.

Berikut dikongsikan petua amalan untuk menghilangkan kesakitan akibat senggugut. Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana.

Petua Semulajadi Hilangkan Senggugut

Petua 1: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 2 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Baca ni:  Petua Kesihatan Oleh Imam Syafie

Petua 3 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

Petua 4: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Petua 5: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 6: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 7: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Petua 8: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Petua 9: Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Petua 10: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Baca ni:  Petua Membuat Milk Booster Semulajadi Banyakkan Susu Badan Ibu

Petua 11: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Petua 12: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Petua 13: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 14: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Baca ni:  Petua Kesihatan Oleh Imam Syafie

Petua 15: Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Semoga amalan semulajadi ini dapat meredakan kesakitan dan hilangkan senggugut yang dialami kebanyakan wanita di luar sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here