Apa itu wang tak dituntut? Sebelum ini pernah viral di media sosial info mengenai ‘wang tak dituntut’ yang ramai orang tak tahu akan kewujudan perkara ini. Mungkin korang dulu pernah buat lebih dari dua akaun bank dan dah lama tak update tentang akaun tersebut bolehlah pergi check!

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Idah Binti Basri telah menuntut wang di beberapa akaun bank yang sudah lama tidak digunakan. Tanpa sedar, rupa-rupanya ada banyak baki yang ada dan diperolehi dari syarikat insurans juga. Jumlah keseluruhan hampir RM14 ribu!

Tak sangka sampai RM14K

“Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun2 bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uoll boleh claim balik. Even rm20 30 ringgit diaorang akan pulangkan pada kita. Just bawa IC ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut di tingkat 42 Menara Maybank, atau mana-mana kaunter Jabatan Akauntan Negara setiap negeri.

Kalau tak pasti just bagi IC diaorang cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada, kena isi borang seperti yang diarahkan. Saya tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank credit card, dan ada diantaranya duit dari syarikat insurans. Selama ni tak sedar pun syarikat insurans ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup. Pergi jangan tak pergi. Kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat rm14k beb!!!”

Berikut cara semak wang tak dituntut

Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.

Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif sahaja tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here