Cara tuntut rebat daripada TM ini dikongsi oleh Ron Ashraf.

Daripada korg (anda) memekak update status line Unifi hampeh la apa la. Baik korg ikut apa aku buat. Ini kali ke-6 aku dapat rebat daripada TM disebabkan gangguan internet.

1. Call 100, buat laporan mengenai isu internet yang dialami. Pastikan semua troubleshooting yang disuruh buat korg ikut. Lepas laporan dibuat, catitkan nombor laporan. Kebiasaannya dorg (mereka) akan selesaikan masalah dalam 24 jam. Kalau lebih 24 jam anda layak untuk mohon rebat.

2. Jika issue yg dihadapi selesai, contohnya 2 hari selepas buka kes. Maklumkan kepada 100 bahagian teknikal untuk tutup laporan. Selepas mereka tutup laporan. Hubungi semula 100, sambung bahagian billing. Berikan nombor laporan, mohon untuk rebat. Mereka akan maklumkan rebat akan diluluskan selepas 14 hari bekerja.

3. Pastikan korg call 100 selepas 14 hari bekerja, semak sama ada rebat sudah diluluskan atau tidak. Jika belum, buka aduan di http://aduan.skmm.gov.my/ buat laporan isu ini.

Baca ni:  Petua Melihat Mesej Tersembunyi Inbox Facebook

tuntut rebat TM

Ceritakan daripada A-to-Z. Insyallah akan selesai lebih cepat. Kalau tengok daripada SMS ini, problem aku selesai dalam sehari. Maybe aku ini kuat tiaw. Hehehe.

Gunakan hak anda sebagai pengguna, setakat memekak di Facebook line problem tak settle kan masalah. Bulan ini aku dapat rebat. Save RM 86.33 . Huhu.

Terima kasih Tuan Ron Asraff! Satu perkongsian yang baik untuk kita aplikasikan sekiranya berlaku perkara seumpama itu.

Sila SHARE kepada semua pengguna TM!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here