Top 10 Air Fryer Di Malaysia Gajet Dapur Cool Sahur Sihat Dengan Overnight Oats 30 Resepi Berbuka Puasa

Petua Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF

Pernah tak ada dokumen PDF yang perlu ditandatangan? Biasanya kita kena cetak, tandatangan, scan semula dan jadikan PDF, baru boleh dihantar dokumen tersebut, betul tak?

Ada pula yang ambil gambar tandatangan, kemudian gunakan perisian untuk edit masukkan.

Terbaru, ada kemudahan yang disediakan oleh Microsoft melalui aplikasi mobile Microsoft Office bagi pengguna Android. Korang boleh muat turun dari Play Store.

Petua Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF

Langkah-langkah:
1. Buka aplikasi
2. Klik bahagian Actions
3. Pilih Sign a PDF

4. Klik ikon Browse
5. Pilih dokumen
6. Sentuh pada bahagian yang perlu ditandatangan
7. Buat tandatangan (ada pilihan sama ada mahu menyimpan atau tidak tandatangan tersebut)

8. Tekan butang pada penjuru kanan untuk letak tandatangan. Saiz boleh diubah mengikut kesesuaian.

Senang bukan?

Kongsikan tips Petua Cara Mudah Tambah Tandatangan Pada Dokumen PDF ini kepada semua.

Baca ni:  Petua Melihat Mesej Tersembunyi Inbox Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here