Inbox Facebook anda mungkin berlambak dengan mesej-mesej serta PM TERSEMBUNYI yang anda mungkin tidak mengetahui kewujudannya.

Agak pelik dan misteri bunyinya. Tapi ini adalah satu kenyataan. Bersabar, kami akan bantu anda melihatnya.

Sebelum itu, tahukah anda, hanya mesej dan PM dari rakan FB anda sahaja yang akan masuk ke dalam INBOX Facebook anda? Mesej dan PM dari orang yang BUKAN dalam friend list anda TIDAK akan masuk ke dalam Inbox, sebaliknya akan masuk ke dalam Message Requests. Anda mempunyai pilihan untuk Accept (terima) atau Deny (abaikan) mesej-mesej di dalam Message Requests ini.

Ada satu lagi tempat di mana mesej-mesej dan PM yang masuk TETAPI anda tidak tahu kewujudannya. Facebook dengan suka hati mak bapak dia akan menapis mesej-mesej ini secara automatik. Ia tidak masuk ke Inbox Facebook mahupun Message Requests. Ia akan masuk ke dalam Filtered Requests. Kat mana nak tengok mesej dalam Filtered Requests ni?

Untuk Pengguna Messenger App

1. Buka Messenger app dan pergi ke Settings (bahagian atas kanan, atau bawah, bergantung kepada phone anda Android atau iPhone)
Mesej Tersembunyi Facebook 01

Baca ni:  Petua Menghubungi Waris Mangsa Kemalangan

2. Kemudian pilih People
Mesej Tersembunyi Facebook 02

3. Kemudian pilih Message Requests
Mesej Tersembunyi Facebook 03

4. Dari sini, anjak ke bawah sekali sehingga anda melihat See Filtered Requests. Klik!

Mesej Tersembunyi Facebook 04

Untuk Pengguna Desktop PC

1. Klik ikon Messages

2. Pilih Message Requests

3. Anjakkan ke bawah sekali sehingga anda melihat See Filtered Requests. Klik!

Mungkin banyak mesej-mesej dan PM yang kelihatan SPAM, tetapi ada kemungkinan juga terdapat mesej dan PM yang penting. Sekiranya anda berniaga online, anda mungkin terlepas peluang menerima PM dari bakal pelanggan (yang BUKAN rakan FB anda) anda kerana PMnya terlepas masuk ke dalam Filtered Requests ini.

Sekarang dah tahu, sila war-warkan kepada seluruh pelusuk rakan Facebook anda 🙂

Save

Save

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here