Kebun ini merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk menanam sayuran dan tanaman herba kecil bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad, tiada tanah, seperti di balkoni apartmen dan sebagainya. Ia juga sangat mudah diselenggara. Kebun ini memberikan persekitaran kehijauan di tingkap-tingkap anda!

Peralatan yang diperlukan:

  • 5 Botol plastik
  • Silicon
  • Span
  • Tanah
  • Tali
  • Gelung besi
  • Drill (kalau takder drill pakai pisaupun boleh)
  • Skru dan nat kecil
  • Cat sembur hitam

Daripada 5 botol, satu akan digunakan sebagai takungan bekalan air, satu sebagai takungan sisa, dan tiga selebihnya sebagai medium untuk menanam sayuran.

Botol #1

Kebun Menegak Siraman Automatik 01

Gunakan dril1 penebuk lubang (atau pisau) tebuk lubang pada dasar botol. Lubang ini berfungsi sebagai bukaan untuk mengisi air. Buatkan pula 4 lubang kecil di tepi, masukkan tali dan simpulkan, hujung satu lagi ikatkan ke gelung besi. Ini adalah untuk digantung.

Kebun Menegak Siraman Automatik 02

Buatkan satu atau dua lubang kecil pada penutup botol.

Botol #2, #3 dan #4

Kebun Menegak Siraman Automatik 03

Gunakan drill penebuk lubang (atau pisau) tebuk lubang pada dasar botol (sama saiz dengan penutup botol). Buatkan pula bukaan di bahagian tengah botol, ini adalah ruang dimana sayuran akan ditanam.

Kebun Menegak Siraman Automatik 04

Semburkan cat hitam dari paras bawah bukaan hingga ke leher botol. Buatkan satu atau dua lubang kecil pada penutup botol.

Kebun Menegak Siraman Automatik 05

Untuk penutup botol #4, letakkan silicon dan tekapkan penutup botol #5. Biarkan betul-betul kering. Untuk langkah lebih selamat, skrukan dengan skru kecil dan matikan dengan nat di belakangnya.

Kebun Menegak Siraman Automatik 06

Tebukkan beberapa lubang kecil.

Botol #5

Hanya tebukkan 2 lubang kecil pada kiri dan kanan leher botol. Ini adalah untuk membebaskan udara semasa air menitis dalam takungan sisa.

Membina Kebun Menegak

Kebun Menegak Siraman Automatik 07

Letakkan silicon pada leher botol #1, #2, #3 dan #4. Masukkan leher botol ke dalam lubang dasar botol seterusnya. Biarkan kering.

Kebun Menegak Siraman Automatik 08

Kemudian masukkan span ke dalam leher botol dan tutup penutup. Akhir sekali, putarkan botol #5 ke penutupnya.

Kebun Menegak Siraman Automatik 09

Gantungkan. Masukkan tanah ke ruangan bukaan botol #2, #3 dan #4. Tuangkan air (serta baja cecair jika perlu) ke botol teratas.

Kebun Menegak Siraman Automatik 10

Perhatikan siraman secara automatik. Air akan menitis dari botol #1, ke botol seterusnya dan akhir sekali bertakung di botol terakhir. Setelah proses lengkap, buka botol terakhir dan isi semula air itu ke botol pertama.

Kebun Menegak Siraman Automatik 11

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here