Goreng Tak Melekat Di Kuali

Goreng ikan tak melekat di kuali! Selalu ada masalah dengan kaedah menggoreng ikan. Dah lah melekat di kuali, kadang tu ikan meletup-letup pula semasa menggoreng.

Ikan goreng, tak kiralah ikan kembung, siakap, bawal dan sebagainya, memang sedap apabila diratah. Namun, bukanlah senang nak mendapatkan ikan goreng yang sempurna kalau tak tahu caranya. Lebih-lebih lagi ikan yang berlendir seperti ikan keli. Memang meletup-letup la jawapnya!

Satu lagi masalah yang kerap terjadi ialah kulit ikan yang digoreng akan melekat pada kuali. Bila diangkat, habis isinya hancur. Punahlah harapan nak hidang cantik-cantik ala Masterchef untuk tetamu.

Jangan bergundah gulana. Dikongsikan petua goreng ikan tak melekat di kuali, tidak meletup dan tidak hancur isinya.

Petua Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali Dan Tak Meletup

Berikut adalah cara dan kaedah mudah menggoreng ikan yang mudah yang boleh dipraktikkan di rumah.

Cuci Ikan Sebelum Menggoreng

Antara punca utama ikan meletup-letup semasa menggoreng adalah kerana ia masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang berlendir.

Dua cara untuk membersihkan ikan yang berlendir:

  • Gunakan limau nipis dan sedikit garam halus.
  • Gunakan tepung gandum untuk mencuci ikan. Disarankan juga untuk perap ikan dengan tepung gandum lebih kurang 15 minit.
Baca ni:  Petua Membersihkan Oven

Dengan kaedah ini bau hanyir ikan juga dapat dikurangkan selain menghilangkan lendir.

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Perap Ikan Sebelum Menggoreng

Setelah dicuci bersih, disarankan untuk memerap ikan dengan asam jawa supaya isi lebih enak dan tidak melekat. Asam jawa juga dapat memejalkan isi ikan. Jadi, tidaklah ia berderai dan meletup-letup semasa menggoreng.

Perapan asam jawa ini selalunya dilakukan kepada ikan yang kurang segar atau yang sudah lama berada di freezer.

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Panaskan Kuali

Terlebih dahulu, panaskan kuali sebelum menuang minyak. Setelah menuang minyak, pastikan minyak cukup panas sebelum memasukkan ikan.

Uji kepanasan minyak dengan beberapa butir beras atau keropok. Sekiranya ia menembang dengan cepat, ini bermaksud minyak dah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.

Jangan biar terlalu lama dan minyak terlalu panas kerana ia akan membuatkan ikan garing di bahagian luar tapi tidak cukup masak di bahagian isi dalam. Minyak yang terlalu panas juga boleh membuatkan kulit ikan melekat di kuali.

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Minyak Yang Banyak

Penggunaan minyak yang banyak membuatkan ikan mengembang dengan baik dan dapat mengelakkan ikan dari menyentuh dasar kuali. Ini sedikit sebanyak mengelakkan kejadian ikan melekat di kuali ketika menggoreng. Dengan itu, ikan akan masak di semua bahagian dengan sekata.

Baca ni:  Petua Mengatasi Nasi Mentah Kembali Gebu Dan Sedap

Bahan Salutan

Kepada yang suka hasil gorengan yang rangup, bolehlah gunakan tepung beras untuk meyalut ikan. Salutan membantu mengelakkan ikan melekat di kuali. Boleh juga gunakan kunyit untuk menyalut ikan.

Salah satu lagi cara untuk mendapatkan gorengan yang rangup adalah dengan mencelupkan ikan ke dalam celupan telur. Kemudian salutkan dengan tepung atau serbuk roti sebelum di goreng.

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Petua Orang Lama Goreng Ikan Tak Melekat Di Kuali

Menurut orang-orang lama, beberapa bahan berikut boleh mengelakkan ikan dari melekat ketika menggoreng:

  • Asam Keping – goreng beberapa keping asam keping terlebih dahulu sebelum mesaukkan ikan.
  • Garam – taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas, kemudian goreng ikan seperti biasa.
  • Halia – gorengkan beberapa keping halia sebelum menggoreng ikan.
  • Kulit bawang – Masukkan kulit bawang semasa menggoreng ikan.

Bungkus Daun Pisang

Untuk ikan yang bersaiz besar, anda boleh bungkuskan dengan daun pisang semasa menggoreng.

Caranya mudah. Terlebih dahulu bersihkan daun pisang. Balut ikan dan goreng dalam minyak panas seperti biasa. Daun pisang berfungsi untuk menyerap panas dan mengelak dari ikan meletup-letup semasa menggoreng. Bila cukup masak, daun pisang akan terlerai dengan sendirinya. Hasil masakan juga akan lebih berbau wangi.

Baca ni:  Petua Buat Bawang Goreng Rangup Yang Sedap Dan Tahan Lama

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Penutup Periuk

Sediakan penutup periuk berdekatan untuk menutup kuali jika anda bimbang mionyak akan terpercik. Kecilkan api sebelum membuka penutup masa nak terbalikkan ikan.

Diingatkan supaya berwaspada ketika nak membalikkan ikan, agar ia cukup masak terlebih dahulu. Jangan terlalu awal dan terlalu lambat. Sekiranya diterbalikkan berkali-kali, ikan boleh pecah dan isinya berderai.

Goreng Tak Melekat Di Kuali

Selamat Menggoreng

Dengan beberapa kali percubaan, anda pastinya akan berjaya mengoreng ikan dengan baik. Semoga dengan petua ini, anda akan mahir mengooreng apa jua jenis ikan dengan baik. Jangan lupa mencuba menu-menu berasaskan ikan yang lain juga!

Sila SHARE petua ini sekiranya bermanfaat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here