Malasnya nak membersihkan microwave!
Pernahkah situasi begini berlaku:
Reheat spaghetti lebihan semalam, habis sosnya terpercik di dalam microwave. Nak lap serta merta, malas. Dibiarkan lama-lama susah nak bersihkan.
Membersihkan Microwave
Apa yang harus dilakukan? Berikut adalah petua untuk membersihkan microwace dan menyelesaikan masalah ini:
- Masukkan 1 ke 2 cawan air ke dalam mangkuk.
- Masukkan 1 ke 2 sudu besar cuka, atau perahan jus lemon.
- Masukkan setitis essential oil untuk melawan bau cuka (langkah ini tidak wajib)
- Letakkan sebatang pencungkil gigi dibiarkan terapung atas air di dalam mangkuk (ini untuk mengelakkan air mendidih dari menghasilkan ‘letupan’ kecil)
- Tutup pintu microwave dan microwavekan selama 3 ke 5 minit.
- Selepas timer berhenti, biarkan selama 2 minit.
- Keluarkan mangkuk dari microwave (hati-hati sebab panas!)
- Gunakan kain atau sponge dan lap. Dinding dalam microwave juga akan kelihatan lebih putih.
Sekiranya anda enggan mengguna air dalam mangkuk, basahkan sponge, tuang 1 sudu besar cuka atau lemon jus ke atas sponge, kemudian microwavekan sponge tersebut (cara ini menghasilkan stim yang kurang berbanding air dalam mangkuk)
Anda juga disarankan melakukan proses membersihkan microwave ini sekurang-kurangnya sekali sebulan walaupun microwave masih dalam keadaan bersih.
Selamat mencuba!