Petua Nasi Mentah

Sayangnya kalau buang nasi mentah. Orang kata tak baik buang nasi, sama macam kita buang rezeki.

Apa pun, sebenarnya ada 5 petua memulihkan nasi mentah yang anda boleh lakukan untuk dapatkan kembali nasi yang gebu.

Petua Memulihkan Nasi Mentah

1. Tambah Air

Petua Nasi Mentah

Campurkan setengah cawan air pada nasi yang mentah. Letakkan penutup rice cooker dan tekan suis. Biarkan seketika hingga naik bau nasi.

Stim yang terhasil membantu menjadikan nasi mentah kembali gebu dan boleh dimakan.

2. Guna Microwave

Petua Nasi Mentah

Letakkan nasi dalam bekas khas ‘microwave safe’. Basahkan sedikit dua helai tisu kertas dan tekapkan atas nasi dan masukkan nasi dalam microwave selama dua minit. Keluarkan nasi dan buang tisu di atasnya.

Nasi yang mentah akan kembali gebu.

3. Mangkuk Air

Petua Nasi Mentah

Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya. Tutup periuk dan masak semula nasi di atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

Baca ni:  Petua Melembutkan Daging Agar Lebih Cepat Empuk

4. Tambah Air Garam

Petua Nasi Mentah

Masukkan sedikit air yang sudah bercampur garam pada atas nasi. Panaskan semula periuk selama lima minit atau sehingga wap naik.

Jangan banyak sangat pula, agak-agak supaya ia tidak terlalu masin.

5. Guna Daun Pisang

Petua Nasi Mentah

Letak daun pisang atau plastik yang bersih atas nasi yang mentah. Pastikan ia menutup semua bahagian nasi. Tutup periuk dan masak semula nasi sehingga ia masak.

Aroma daun pisang memang menaikkan lagi selera!

Jangan Gaul Nasi Mentah

Nasi yang mentah jangan digaul kerana biasanya yang mentah hanya melibatkan bahagian atas. Jika digaul, maka seluruh nasi akan terasa mentah.

Dengan 5 petua nasi mentah ini, anda boleh kembali menikmati nasi yang dimasak tadi tanpa membuang atau membazirkannya.

Sila SHARE sekiranya petua ini bermanfaat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here