Kadang kala pening kepala memikirkan cara terbaik untuk menyimpan segala rempah ratus, botol, tin dan sebagainya.
Kabinet dapur buat dah cukup mahal dan cantik, tetapi segala rempah ratus disimpan tak tersusun kemas, setakat muat. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh membantu anda menyimpan barangan dapur ini dengan lebih teratur dan sedap mata memandang.
Spice Rack and Stackable Organizer
Kelebarannya boleh direnggangkan agar muat di mana-mana kabinet. Ia muat diisi lebih kurang 60 botol rempah ratus bersaiz normal. Ia amat mudah dipasang, tidak memerlukan apa-apa peralatan. Ianya bertingkat, tidak ada yang terlindung.
Dapatkan Spice Rack and Stackable Organizer untuk kabinet dapur anda sekarang!
Swivel Spice Rack
Ia menjimatkan ruang penyimpanan, menggunakan hanya 4″ ruang kabinet anda. Ia muat diisi lebih kurang 20 botol rempah ratus bersaiz normal. Apabila ditarik keluar ia boleh dipusingkan untuk mengambil rempah ratus anda.
Dapatkan Swivel Spice Rack untuk kabinet dapur anda sekarang!
Can Tamer
Can Tamer menjimatkan ruang penstoran di dalam kabinet, pantri, peti sejuk membuatkan ia mampu memuatkan 13 tin minuman/makanan. Tidak perlu risau untuk mengambil tin yang tersorok di belakang, hanya pusingkan untuk mencapainya.
Dapatkan Can Tamer untuk kabinet dapur anda sekarang!
Tiered Storage Wheel
Storan mudah alih ini pelbagai fungsi. Ia boleh digunakan sebagai storan rempah ratus di dapur, sabun pencuci di laundry, snek di ruang tamu, alatan tulis di bilik pejabat dan sebagainya. Ia sesuai di ruang sempit seperti celahan kabinet dan peti sejuk. Ia mudah ditolak ke sana sini kerana dilengkapi dengan roda.
Dapatkan Tiered Storage Wheel untuk dapur anda sekarang!
Perekat Label Chalkboard
Perekat chalkboard ini sesua untuk melabel segala jenis rempah ratus di dalam kabinet. Ia menjimatkan kerana boleh dipakai semula berkali-kali. Sekiranya anda memasukkan rempah lain di dalam botol yang sama, anda hanya perlu memadam label lama, dan tulis semula dengan label baru.
Dapatkan Perekat Label Chalkboard untuk kegunaan balang-balang dapur anda sekarang!
Sekiranya berminat dengan Gajet Dapur yang Kool, sila klik ke: ARTIKEL INI!