Orang-orang tua dulu-dulu cukup banyak petuanya. Segalanya di kutip hasil dari pengalaman dan kejadian. Kini ianya menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Ada yang mempunyai maksud tersurat dan ada yang tersirat.
Para ulama juga tidak terkecuali dalam memberi petua buat kita. Ianya adalah hasil dari ilmu mereka yang begitu arif dan pakar mendalami agama Islam. Ianya menjadi ingatan dan panduan buat kita agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Mendidik kita agar menjadi insan yang kamil dan soleh/solehah.
Imam Syafie ada menggariskan beberapa panduan untuk kita amalkan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Petua Kesihatan oleh Imam Syafie
Empat perkara untuk menyihatkan badan:
- Perbanyakkan memakan daging
- Sering memakai haruman pada badan
- Kerap mandi untuk memastikan diri sentiasa bersih
- Berpakaian material yang diperbuat daripada kapas
Empat perkara yang melemahkan badan:
- Kerap melakukan persetubuhan
- Terlalu banyak perasaan cemas dan risau
- Kerap meminum air ketika makan
- Banyak memakan makanan yang masam
Empat perkara yang menajamkan penglihatan:
- Duduk menghadap kiblat
- Mengenakan celak sebelum tidur
- Memandang benda-benda yang hijau seperti pemandangan rumput dan gunung ganang
- Sentiasa berpakaian bersih
Empat perkara yang merosakkan mata:
- Banyak melihat benda-benda najis
- Banyak melihat orang dibunuh
- Banyak melihat kemaluan
- Membelakangi kiblat
Empat perkara yang menajamkan fikiran:
- Tidak banyak berbual kosong (lebih banyak berdiam diri kerana berfikir)
- Rajin bersugi (gosok gigi)
- Banyak berbual dengan orang yang soleh
- Bergaul dengan golongan para ulama
Begitulah antara petua dan nasihat daripada Imam Syafie untuk kita jadikan panduan untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Semoga petua-petua ini menjadi amalan kita dan sampaikanlah dan saling mengingati sesama kita, kerana kita ini hanyalah insan yang lemah, mudah terleka, terlupa dan terlalai.