Disebabkan unsur keselamatan, telefon bimbit kita kebanyakannya dikunci dengan no pin, password dan sebagainya. Namun, ini juga mungkin memberikan impak negatif kepada kita.

Bayangkan situasi ini…

Anda outstation ke pantai timur dan terlibat dalam kemalangan, mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang awam datang membantu. Telefon bimbit anda ditemui. Waris anda cuba untuk dihubungi tetapi tak berjaya kerana… telefon bimbit anda di ‘lock’.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan ini?

Nyatakan nombor telefon waris anda di ‘lock screen’ telefon bimbit anda!

kecemasan 01

Bagaimana untuk menetapkan setting ini pada telefon bimbit anda?

Setting untuk pengguna Android

    1. Pilih menu Settings
    2. Pilih sub menu Sound & Display
    3. Klik icon Lock Screen
    4. Pilih Owner information
      kecemasan 02
    5. Masukkan maklumat
      kecemasan 03

Setting untuk lain-lain jenama telefon bimbit mungkin berbeza. Cari menu setting yang berkaitan dengan Display atau Security.

Setting untuk pengguna iPhone

    1. Klik applikasi Health
    2. Pilih Option, klik Medical ID, klik Edit
    3. Masukkan semua maklumat: ubatan yang diambil, alergik, no kecemasan untuk dihubungi dan sebagainya.
    4. Slidekan ‘Show when locked’ kepasa ON supaya kad kecemasan anda dipaparkan pada lock screen anda.
Baca ni:  Petua Melihat Mesej Tersembunyi Inbox Facebook

Sekiranya anda ada petua atau settings lain, sila kongsikan dalam komen di bawah. Sekiranya anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila kongsikan artikel ini kepada semua ibu bapa, ahli keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan maya anda!

Save

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here